Wednesday 28 March 2012

Isi hati :')

Aku punya kawan-kawan dan keluarga aku. Aku tak seperti keluarga yang lain,dapat kebahagian dan kemanisan dalam kehidupan. Bukan aku nak memperlekehkan keluarga aku tapi itulah hakikat dan isi hati yang aku sentiasa pendam. Walau aku tak cukup lengkap tapi aku sentiasa bersyukur. Setiap apa yang aku inginkan dan kehendak yang aku impikan sentiasa dipenuhi. Tuhan itu maha kaya dan segalanya ia tahu setiap rintihan hambanya. Setiap hambanya diberi ujian dan dugaan. Allah tak akan uji hambanya jika tidak mampu. Dia sayangkan kita dan kite juga dapat belajar erta sabar. Aku terlalu sayangkan Ayah sebab sejak kecil sedikit jentikan darinya belum pernah tersentuh pada badan aku. Mak juga aku sayang cuma kasih sayang antara mereka berbeza. Bila sebut pasal kawan-kawan banyak duka lara yang dihadapi. Aku sayang semua kawan-kawan aku yang mengenali aku dan rapat dengan aku. Antara aku dan kawan kadang-kadang ada terasa,kecil hati dan sedih. Aku banyak beralah dan terlalu fikir tentang org lain tapi kadang2 buat aku jadi pentingkan diri sendiri bila mereka ego dengan aku. Bila aku dah jauh dari keluarga aku,aku ada kawan-kawan aku je,merekalah sebahagian keluarga aku. Aku tak nak kehilangan kawan-kawan aku. Semua benda akan datang dan pergi sampai bila macam itu,aku nak sesuatu sentiasa datang dan disamping aku bukan pergi meninggalkan aku. Memang aku seorang yang pendiam,tak banyak cakap bukan beerti boleh pijak kepala aku. Kesabaran seseorang ada batasnya. Bila kawan di peringkat sekolah rendah lain,sekolah menengah lain dan berada di Universiti lain corak kehidupannya. Itulah dinamakan kehidupan. Perubahan demi perubahan akan kita lalui. Aku bukan jenis yang mengikut kehendak orang lain,dengar apa dia buat dan ikut semua telunjuk org lain. Itu bukan aku. Aku bukan jenis yang suka sound2 setepek depan2,kalau boleh luarkan pada tempatnya aku luahkan. Memang aku bukan kawan yang baik tapi itulah sifat aku. Hanya orang mengenali aku lebih rapat sahaja yang tahu.

Kejap tak kejap dah berakhir aku semester 4 di uitm. Sekarang tengah cuti semester,kali ni 2bulan aku cuti. Lepas je cuti ni aku dah naik semester 5,final semester dah aku. Kejapnya masa berlalu. Dalam diri aku ini ada rasa takut,ngeri yang bakal aku tempuh pada final semester nanti. Pelbagai dugaan yang banyak akan aku hadapi. Aku kena kuat hadapi semua itu demi keluarga aku. Aku nak masa final semester artwork2 aku digantung dan dipamer pada orang ramai. Aku nak keluarga aku lihat hasil2 kerja aku,titik peluh aku atas usaha aku. Aku tak sehebat seperti orang2 lain tapi aku akan cuba menjadi sehebat mereka. Orang yang paling aku tak boleh hilang dalam hidup aku Izzuddin Jamal,dia lelaki yang menjadi hero selepas ayah aku. Dia juga sanggup jaga ayah aku,layan kerenah ayah aku. Tak terkata jasa yang dia korbankan untuk keluarga aku. Dalam dunia ini susah nak dapat orang yang penyabar macam dia. Lantaklah apa orang nak kata pasal dia,aku tahu siapa dia dan apa keistimewaan dia. Orang tak nampak apa yang berlaku tapi orang pandai cakap je. Bukan aku nak banggakan apa yang dia lakukan tapi itulah jasa yang terlalu besar dalam hidup aku. Kalau ditakdirkan Izzuddin Jamal itu jodoh aku,aku terima seadanya. Kuasa tuhan kita tak tahu. Mungkin satu hari ada kebahagian untuk kami.

No comments:

Post a Comment