Monday 29 August 2011

Kenyang sampai muntaah

Sabtu haritu Aku dengan Family ayah semua pegi berbuka dekat Hotel Grand Dorsell,subang.. perrrghhh superrboool laah makanan dekat situ semua sedap sampai taktahu nak makan mana satu.. kenyangnyaa sampai ke tekak HAHAHA :) Dah makan kat situ lepastu ada orang ajak pegi makan kat SS2 Murni :)) hihihi etewww sukeww.. Air dekat situ sedap and buat aku menarik nak pegi lagi kat situ.. Air dekat situ ada nama air IMISSYOU,ILOVEYOU,PASSION,DON'T WORRY comel kan :))

Kak amy (bibik aiman debosshh),aiman and kak  Iz

  
 nana tomeyy :)

 
Ikram and aiman :)


 Inilah makanan berbuka aku :) perrghh slurrpp

Tuesday 16 August 2011

ABCD..! motif??

dua tiga empat lima hari nie asyik rindukan semua orang je,tak tahu kenape?? rindukan kenangan yang pernah lalui,rindukan kawan-kawan,rindukan si dia,rindukan ahli keluarga senang kata rindukan semua oranglaaah :') Dengan rasa bosannya datanglah sintom-sintom nak nyanyi lagu budak-budak baru belajar abcdefghij.......dan seterusnya :) Haduss aku rasa bosanlah hidup ini,kosong tanpa sesiapa mungkin :'( Sekarang aku ada keluarga kedua aku iaitu my clasmate seronok semalam berbuka puasa sama2,masak sama2.. Aku tolong sikit2 je kat dapur :) perghh yana masak memang terbaik sedaaaap :) dah boleh kawin yana tu.. masak punya masak,gas habis sudah HAHAHHA serius kelakar.. Kiteorg berbuka minum air dulu sementara sambung memasak.. Thanks korang qaqa,yana,wanie,nina,ain,bella,anis,qiqi and naz memeriahkan berbuka puasa kite.. Lecture kesayangan kiteorang pun ada cik sha comel kiut miut tu :) Lepas nie kita buat makan-makan hari raya okay :) okayy mau stop menaip lagi 30minit nak berbuka :) ahhggg lapar :)

Thursday 11 August 2011

Masih merangkak untuk berjaya

okay,aritu kawan aku ada mintak tolong buatkan banner for event dia dekat uitm nie nanti.. Aku adalah buat design yang dia mintak.. Alhamdulillah kawan aku tu suka banner yang aku hasilkan and ada kena touch up sikit-sikit.. Aku masih lagi belajar untuk mahir dalam photoshop and lain2 lagi sofware for edit2 nie.. Kalau ada kekurangan apa tolong tunjuk ajarkan :)

Inilah design belakangnya.. biasa2 je kan,tak lawa :( masih belajar :)

Ini banner yang sudah disiapkan :)  tapi adalah lagi sikit kena tambah2 :)

Wednesday 10 August 2011

Hakikat sabar dalam kehidupan

Erti sabar bermakna teguh dan tahan dalam menangani segala yang ditimbulkan oleh hawa nafsu kita mahupun dalam setiap dugaan dan halangan yang di datangi dalam kehidupan kita.
Dengan sifat sabar, ianya dapat membezakan antara manusia dan haiwan kerana kita sebagi manusia di kurniakan hati dan kekuatan akal manakala haiwan hanya di kurniakan hati dan perasaan sahaja.



“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apa ada pada sifat sabar ini? Dengan kita mengawal sifat sabar kita. dan menepis segala rasa syahwat kita kita dari nafsu kita sendiri, kita akan tergolong dalam golongan-golongan orang yang tabah dan teguh di atas pendirian kita. Begitu juga sebaliknya, jika kita gagal mengawal dan menghalang diri dari sifat sabar itu, kita aka tergolong dalam golongan syaitan kerana kita tidak mampu menepis segala rasa syahwat yang ada malah mendewakan lagi hawa nafsu kita secara berterusan.


Dalam erti kata yang lain, bila nilai ketaqwaan dan keimanan sudah mendalam dalam jiwa kita, rasa tawaduk akan berakar dalam hati dan kita akan sentiasa mengutamakan perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan kebaikan dan hanya mengharapkan keredhaan di samping balasan di akhirat kelak. Maka darjat kesabaran itu akan mudah tersemai jika kita tergolong dalam golongan yang mudah mengawal syahwat dan kesabaran kita.

Seharusnya kita sebagai hamba, cuba mempelajari dan menanamkan azam untuk meningkatkan lagi tahap kesabaran dalam diri kita, dan secara tidak langsung ini akan menunjukkan tanda kerelaan kita atas semua takdir Allah dan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri dan kehidupan kita merupakan tanda sayang nya Allah Ta'ala buat kita kerana masih ada lagi perhatian untuk kita daripada-Nya ke atas kita sebagai hamba.



Bersabarlah dan bersangka baik terhadap ujian yang di datangi oleh  Allah kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apabila kita di landa musibah, janganlah terus menerus berpeluk tubuh atau bermenung sangka. Lakukan sesuatu, iktiar jalan keluar, cari jalan penyelesaian dan jika menemui jalan buntu, berdoa dan bermohon Allah berikan kita hidayah dan kekuatan.
Insyaallah ~



p/s- Pesanan untuk diri sendiri :)  Setiap ujian darinya ada hikmahnya.. Semoga aku diberi kekuatan untuk bersabar dan terus bersabar :)))

Time for stress!! jyeaah

banyaknya dugaan dalam bulan puasa nie :) hadoi doi pun sakit kepala stress memikirkan pasal assgment photo.. serius stress rasa nak nangis pun ada :'( semua keje nak minggu nie jugak mana nak kejar masa haisssh kelam kabut jadinya.. Aku kadang-kadang rasa give up pun ada tapi bila teringat dekat mak ayah tak jadi nak give up,kesian tenguk diaorg yang bersusah payah banyak buat itu ini untuk aku :') Sekarang nie masing dah settle kan assgment sendiri-sendiri,tak macam dulu FIGHT FOR THE TEAM sama-sama buat :) Wehhh korang aku perlukan korang kot untuk buat keje sama-sama :'( Dekat Sri Iskandar nie aku ada korang je kalau nak buat apa-apa lepastu korang jugak sedih,gelak ketawa,joke sama-sama.. Takpelah mungkin dah tiba masa untuk gerak secara sendiri2 kot,ermm takpelah redha jela apa berlaku.. Ok,now kena fokus pada assagment yang sangat2 banyak tu kena fikir mana nak cari pakcik makcik 50tahun ke atas,kucing lepastu dengan bas nya plus 5model :) cari dan terus mencari :)

Walau assagment banyak mengunung aku still senyum :) untuk sedapkan hati sendiri.. jyeaah chill ain :D
Rindu koranglah weh :'(

Wednesday 3 August 2011

Umurku 19tahun :) Happy birthday

Alhamdulil, masih diberi peluang untuk bernafas meneruskan kehidupan harian macam biasa :) Birthday aku tahun nie jatuh pada bulan ramadhan hari ke3 kita berpuasa :) Sedihnya rasa bila tak dapat nak meraikan bersam family dan orang tersayang :'( Terima kasih pada Mr.I orang first call ucap Happy birthday girl banyak kali :'( dan terima kasih jugak pada family dan rakan-rakanku yang tersayang :) Dah 19tahun umur aku, pejam celik pejam celik dah besar anak aziz yang COMEL nie :PP HAHAHA puji diri sendiri tak ingat..Sempena birthday aku nie, aku tak mintak banyak pun aku harap satu hari nanti aku boleh dapat kebahagian yang aku inginkan :) InsyaAllah,satu hari pasti dapat.. cuma kita tak tahu cepat atau lambat :)

Tadi berbuka bersama classmate.. thankss korang :')

 nina,anis and qiqi aloo sweetnya nina suap qiqi :)))

 Inilah kek yang diaorg beli tadi kat bazar :) sedap kek nie.. thankss korang sebab ingat birthday aku.. Aku sayang korang tau <3

 lagi sekali mereka :))

 dari depan naz,yana and qaqa :) si naz yang berkaca mata tulah suka buat muka tak bersalah.. suka plan macam-macam.. Sayang korang jugak :)))

Tuesday 2 August 2011

Class Pct 205

First assagment class graphic.. Inilah poster yang aku hasilkan,masih baru lagi :) kalau ada yang salah mintak tolong ajarkan :)

Indahnya bulan ini :)

Diam tak diam dah masuk bulan ramdhan, cepatnya masa berlalu.. Tinggal kat uitm nie tak dapt nak bersahur dan berbuka dengan family sama :'( sebenarnya dah lama sangat tak dpat berbuka sesama.. Kadang-kadang teringin nak berkumpul ramai2 berbuka dan bersahur sama2.. Jelous tenguk family orang lain :( tapi tak kisahlah semua orang ada bahagian masing-masing.. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku pada nasib kita,kan kan :) Orang selalu tenguk aku macam happy tak terasa apa-apa tapi hati tahan je.. Orang taktahu air mata nie sentiasa mengalir menitiskan mata bila sorang2 kadang-kadang tahan je :) Mr.I aku lah pengubat bila terluka atau apa2.. Dia juga sentiasa dengan aku senang atau susah :'( Korang selamat menjalani bulan ramadhan :)

Hatiku,tak sebening air di lembah sungai nil..
Sikapku, tak sesempurna ahli syurga..
Tutur kataku, tak seindah lantunan ayat suji al-quran
Maka,
di dalam bulan RAMADHAN ini,ku ingin meminta maaf pada semua orang yang telah hadir dalam hidupku baik yang menyayangiku ataupun yang membenciku..
Jadi,
Maafkanlah semua khilafku baik yang sengaja ku perbuat ataupun tidak krn aku hanya manusia biasa yang tak luput dari kesalahan dan dosa..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)

Tuesday 12 July 2011

Berwajah baru :))

Salam semua.. Blog aku sudah berwajah baru :) tomey tak? Dah boring tguk blog yang lama,so kita tukar lah.. Penat aku godek2 nak mengubahnya akhir hambik dah macam kanak2 rebina pun ada :) berjiwa kanak2 macam nie lah :))) HAHAHA :P arghhh lantak suka hati nak buat apa dengan blog aku kan :)

Monday 11 July 2011

oooomaaaiigodddd

Hey people :) Lamanya aku tak update blog -.- hadoi doi pun aku busylah,tak sempat nk update.. Dengan assgment bertimbun2,sgt busy plus malas nak update xde mood ler erkkkk -.- Life aku so far ok kadang2 tu mesti ada dugaan betul tak?? Semakin kita meningkat dewasa,makin banyak tanggungjawab perlu dipikul :) smua orang akan lalui apa yang kita lalui :) Apa saje yang kita hadapi dengan senyuman :)))) Lebar tak senyuman aku HAHAHA :p

Minggu dpan cuti mid-term Yeahhhh...! dapat balik rumah :)) tapi seminggu je.. takpuaslaaah,nak cuti lama2 barulah besssssssssssst..! mydear Mr.I ,I Love You So Much DEAR :)))


Saturday 21 May 2011

Sangat bermakna lagu nie :')


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
 

Saturday 7 May 2011

Kau syurgaku :)

HAPPY MOTHER DAY <3
BUAT IBUKU TERSAYANG LAILA :) T.KASIH JAGA AIN DARI KECIL SAMPAI BESAR DAN BAGI APA PUN KEINGINAN YG AIN NAK.. I LOVE YOU MOM :) YOU THE BEST MOM IN THE WORLD :) WALAUPUN KUAT MEMBEBEL DAN CEREWET :P HEHEHE

 -MY MOM-

Monday 2 May 2011

Andainya lelaki tahu :)

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday 1 May 2011

Semester break!!

HOME SWEET HOME :)
Leganya rasa bila dah dekat rumah :) Semalam family aku datang amik dekat kolej.. T.kasih susah payah amik ain lepastu tlg angkat barang2 ain yang banyak2 tu :) tapi terasa jugak yang tak dtg amik aku semalam ayah aku je :'(.. Kadang2 rasa jelous jugak bila orang lain cukup ahli family tapi kita tak :) Ayah aku ada bukan takde,cuma ada hal yang tak dapat mengizinkan dia nk datang jemput aku,takpelah aku tak kisah :) Hidup nie harus chill kan :) Cuti semester sebulan je :( tak syoklah cuti sekejap je.. alaaahh :( Dah cuti tapi 05/05 nie kena datang UiTM balik ada presentation :(

Wednesday 27 April 2011

Rasa macam-macam

Pagi tadi aku ada presentation Photo.. Smua clasmate aku masing2 takut termasuklah aku.. Aku kalau bab-bab nak bercakap depan org ramai memang susah.. Taktahu kenapa?? Dah cuba taknak ada rasa macam2 tapi rasa takut,kaku,gementar smua tulah mesti datang pada diri aku.. Sebelum nama aku panggil utk presentation,macam2 idea dalam kepala otak nie nak bercakap kat depan tapi bila dah sampai depan semua kaku,jadi tunggang terbalik dibuatnya :( sgt kecewa.. Tadi dah cuba buat yang terbaik :) harap2 oklah..

Lepastu dalam tghari tadi clasmate aku cakap result dapat kolej dah keluar.. Aku sampai je bilik terus on laptop pastu check ada nama ke tak untuk dpat kolej.. Alhamdulillah,aku dapat duduk kolej next sem.. Rasa risau tu memang ada kalau2 tak dpat kolej,susah kot.. Rumah sewa dahlah susah nak cari lepastu jauh pulak tu nak ulang-alik.. Duit jangan katalah memang boroslah,duit ptptn memang xcukup.. Next sem dpat satu bilik dengan 2org Bff aku pastu seorg lagi budak AD tak kenal.. huhuhu Ingat dpatlah bilik untuk 3org tapi sebaliknya :( ermm xpelah janji aras bawah.. HIHIHI

Sunday 24 April 2011

Please..! mengidamlaaah,nak!!

Bestnya kalau dapat jadi hak milik sendiri,laptop apple yang comel warna pink nie kan :) Acik nak sebijik laptop nie bole..? Kalaulah acik aku baca blog aku nie kan best,mesti bermurah hati untuk belikan untuk aku sebijik :) hahaha.. Please..! please..! nak jugak laptop nie..
Atas nie kereta Volkswagen Beetle :) nie kerata idaman aku comel kan :) Nak kereta nie bole? hahahaha :P Bila nampak je kereta nie kat mana2,geram je tguk.. Bila lah nak dapat rasa bawak kereta nie :( Takpelah angan2 dulu mana tau tetiba dapat hehehehe :)

Menarik je aku tguk bag letak camera nie.. tergoda betul.. Pegi mana2 je mesti aku cari bag atas nie kot2 lah terjumpa seakan2nya tapi tak jumpa2 lagi.. Nak bag camera atas nie!! Sape2 ada terjumpa mana2 kedai seakan2 bag atas nie bagilah tahu,aku nak beli :)



Saturday 23 April 2011

Final exam Semester 2..


Rasa macam cepat je masa nie berjalan.. Sedar tak sedar dah nak penghujung bulan April kan.. Sekarang masing2 tengah sibuk study nak Final lepastu dengan Final project sana sini :).. Dan tak lama lagi semester 2 habis.. huureeeyy!! Tak payah nak happy sangatlah ain :( ada 3 semester lagi untuk diharungi,banyak cabaran nak di tempuhnyaa.. Semester nie Final aku 2 paper je.. Tadi baru je lepas exam Vcl 105,paper tadi ok boleh buat dengan confident :).. Harap2 lagi 1paper nie ok.. AMIN.. AMIN.. Lepastu sekarang tgh risau pasal Final Project Photo :'( tak buat2 lagi nie,bilalah nak pegi studio buat keje nie.. Hati rasa risau je,selagi keje2 Photo tak siap lagi..

Friday 22 April 2011

I can stand by Myself :)


Kadang2 diri ini dah tak diperlukan.. Aku pun dah tak perlukan kau untuk hidup aku lagi.. Walaupun pahit untuk aku lalui dugaan ini,aku akan cuba :) Be strong ain,You can do it :) Orang kata kalau kite sayang orang itu,kita kena lepaskan dia pergi mencari kebahagian yang dia inginkan.. Aku tumpang gembira bila dia akan bahagia.. Semoga Allah sentiasa lindungi dia :) Dah lama aku bertahan dan bersabar,sampai tahapnya aku tak mampu lagi :'( Kite berpisah pun cara baik kan.. Maaf dengan keputusan yang telah ain buat :'( ,ain lepaskan semuanya sebab ain tahu ain tak sempurna untuk abg.. Ain tak akan pernah lupa kenangan2 kite selama ini :'( kenangan itu akan kekal abadi sampai bila2..

Ingatan terakhir :'(
  • Jaga diri baik2
  • Sibuk bekerja tu jangan lupa makan
  • Jaga Kesihatan
  • Lepas nie dah takde org nak buatkan abg cucur,kenalah orang lain buatkan dah :'(
  • Jangan terlalu banyak fikir2 bila banyak masalah,relax ok :)
  • Semoga cita-cita abg tercapai.
Terima kasih segala2nya yang abg pernah korbankan untuk ain :).. Lepas ini mesti rindu nak makan masakan abg nasi goreng baby,asam pedas dengan puding..

Bergumbira di saat akhir nak Final :)

2-3 hari lepas asyik sibuk berjalan je pastu explore sana sini.. Seronok jugak,dapat tukar2 angin dan hilangkan stress nak final nie kan.. Hari first keluar dengan Yana,Qaqa,Wanie and Naz.. Kiteorg ke bota nak pegi tempat2 Sejarah Pasir Salak entah macam mana otw tu ada pulak org jual Durian.. Pening kepala aku dengan qaqa excited nak makan durian,berenti lah kejap nak pegi beli nanti mengidam pulak. Hehehe.. Borong durian tak ingat dunia,bau satu keta memegit je bau yea. Sampai je tempat Sejarah Pasir Salak,tak jadi nak masuk situ sebabnya da tutup pastu pegilah jalan2 kampung cari rumah2 kampung yang lama2..

Cantik tahu amik gambar rumah kampung yang dah lama2 dekat situ :) pastu suasana nyaman je senyap sunyi,tenang sikit otak nie haaa :). Lokasi seterusnya ke Lumut pulak,qaqa and wanie nak makan durian.. Aku memang tak makan durianlah dengan baunya tak menyenangkan pastu rasanya apatah lagi.. Huhuhu =.=. Dah siap makan pegi batu gajah pulak karoake,2jam pulak tu tak hingat dunia betul. Hehehe :) Kiteorg overnight malam tu lepas tu esoknya kiteorg explore,malam balik uitm..

Balik je uitm esoknya lagi keluar,pegi Parit dengan Lect.. Lepastu melencung main Bowling dengan karoake.. Huahua :) Best giler.. Thanks Cik Sharina,Cik Shahidan and Cik Nafis :)

 Gambar nie dekat kampung2 kat bota.. Tenguk ada ulat yang comel tgh hingap kat daun tu :) Apa lagi aku tangkaplah gambar nie..

 Ini pun sama kat bota jugak.. Gambar sawah padi :) suka tempat nie

 Gambar nie dekat Parit,rumah kampung sangat cantik dan unik :)

Bersama clasmate,lect Cik Sharina yang berbaju pink biru tu dengan lect Cik Shahidan :)


Nie lagi seorg lect yang telah memeriahkan majlis Cik Nafis.. Kurang asam betul Cik Nafis buat tanduk pulak :)

Thursday 14 April 2011

Main game The Sims Haram? Loratnyee!!


Mesti semua orang tahukan game The Sims nie sebab popular kot game nie. Best kot game nie,fav game dari since sekolah rendah lagi. Tahu game nie pun sebab dulu2 tguk cousin main game nie tu yang tetiba terpikat habis :) Aku suka cari game nie tak kiralah season yang mana pun,janji dapat main. Semenjak dah start study takde main dah game nie tapi tapi baru 2hari lepas aku dapat main game The Sims nie kat member aku punya lappy. RINDU GLER!! game nie :) Yang bestnya game nie sebab boleh create orang lepastu dapat buat rumah ikut pilihan kita nak macam mana. Sims nie akan ade boyfriend lpas tu married then dapat anak. Tapi sbelum tu kenalah bagi diaorang In Love dlu then perampuan tu akan pregnant. Masa diaorg In Love tu slalunya kena censored lah kan,takde maknanya nak tunjuk terang2 nie. HOHOHO. Game nie akan jadi sebuah family yang besar.. Masing2 ada kerjaya sendiri lpas tu dpatlah gaji dari diaorg keje tu.. Lpas tu bole jadi tua. HAHA. 

Semalam ada terbaca satu link nie yang paper Metro ada terpampang gambar2 game The Sims lpas tu dahlah cakap HARAM HUKUMNYA DARI SEGI ISLAM. Serius macam terkejut kot =.= . Dan mengatakan game The sims nie macam boleh buat orang imaginasi pasal seks. Apa ke benda lah boleh cakap macam tu.. Tak terfikir pulak sampai ke tahap itu.. Main game tu pun sekadar suka2 dan nak hilangkan stress tak lebih dari itu pun. Benda ni semua hujung pangkalnya pada Niat seseorg tu bukan. Kalau Niat kita elok,elok lah jadinya :) Betul tak?? Please!! think Positive :D



Wednesday 13 April 2011

About Myblog And Me

Salam untuk semua.. First,nak bagi tahu nie blog baru aku :) Blog yang lama telah dihapuskan atas sebab2 teknikal sikit.. Hehehe :) Harap rajin2lah singgah blog aku yang tak seberapa nie,kalau tak suka boleh blah.. Blog aku suka hati aku nak cerita apa pun kan.. KAU MAMPU KE..?? tak mampu kan,so lebih baik diam :) ehhh TERemo plak hihihi :D Blog yang bernama Ohh It's Me nie kepunyaan AinAbdAziz.. Korang boleh panggil aku ain.. Aku sekarang umur 19tahun.. Sekarang study dekat UITM Sri Iskandar,Perak :) Diploma in Photography and Digital Imaging.. Baru je semester 2.. Sekarang tengah musim nak Final,cuak dia lain macam sikit semester nie =.= Assgment Photo untuk final tak buat lagi and ada yang nak kena reshoot bagai sebab gambar kena reject dengan lect =.= nak buat macam mana kan tabahkan hati jela.. Hope semester nie aku bole jawab final dengan tenang dan pointer bole naik.. InsyaAllah,Amin :)



Ohh It's Me <3