Monday 29 August 2011

Kenyang sampai muntaah

Sabtu haritu Aku dengan Family ayah semua pegi berbuka dekat Hotel Grand Dorsell,subang.. perrrghhh superrboool laah makanan dekat situ semua sedap sampai taktahu nak makan mana satu.. kenyangnyaa sampai ke tekak HAHAHA :) Dah makan kat situ lepastu ada orang ajak pegi makan kat SS2 Murni :)) hihihi etewww sukeww.. Air dekat situ sedap and buat aku menarik nak pegi lagi kat situ.. Air dekat situ ada nama air IMISSYOU,ILOVEYOU,PASSION,DON'T WORRY comel kan :))

Kak amy (bibik aiman debosshh),aiman and kak  Iz

  
 nana tomeyy :)

 
Ikram and aiman :)


 Inilah makanan berbuka aku :) perrghh slurrpp

Tuesday 16 August 2011

ABCD..! motif??

dua tiga empat lima hari nie asyik rindukan semua orang je,tak tahu kenape?? rindukan kenangan yang pernah lalui,rindukan kawan-kawan,rindukan si dia,rindukan ahli keluarga senang kata rindukan semua oranglaaah :') Dengan rasa bosannya datanglah sintom-sintom nak nyanyi lagu budak-budak baru belajar abcdefghij.......dan seterusnya :) Haduss aku rasa bosanlah hidup ini,kosong tanpa sesiapa mungkin :'( Sekarang aku ada keluarga kedua aku iaitu my clasmate seronok semalam berbuka puasa sama2,masak sama2.. Aku tolong sikit2 je kat dapur :) perghh yana masak memang terbaik sedaaaap :) dah boleh kawin yana tu.. masak punya masak,gas habis sudah HAHAHHA serius kelakar.. Kiteorg berbuka minum air dulu sementara sambung memasak.. Thanks korang qaqa,yana,wanie,nina,ain,bella,anis,qiqi and naz memeriahkan berbuka puasa kite.. Lecture kesayangan kiteorang pun ada cik sha comel kiut miut tu :) Lepas nie kita buat makan-makan hari raya okay :) okayy mau stop menaip lagi 30minit nak berbuka :) ahhggg lapar :)

Thursday 11 August 2011

Masih merangkak untuk berjaya

okay,aritu kawan aku ada mintak tolong buatkan banner for event dia dekat uitm nie nanti.. Aku adalah buat design yang dia mintak.. Alhamdulillah kawan aku tu suka banner yang aku hasilkan and ada kena touch up sikit-sikit.. Aku masih lagi belajar untuk mahir dalam photoshop and lain2 lagi sofware for edit2 nie.. Kalau ada kekurangan apa tolong tunjuk ajarkan :)

Inilah design belakangnya.. biasa2 je kan,tak lawa :( masih belajar :)

Ini banner yang sudah disiapkan :)  tapi adalah lagi sikit kena tambah2 :)

Wednesday 10 August 2011

Hakikat sabar dalam kehidupan

Erti sabar bermakna teguh dan tahan dalam menangani segala yang ditimbulkan oleh hawa nafsu kita mahupun dalam setiap dugaan dan halangan yang di datangi dalam kehidupan kita.
Dengan sifat sabar, ianya dapat membezakan antara manusia dan haiwan kerana kita sebagi manusia di kurniakan hati dan kekuatan akal manakala haiwan hanya di kurniakan hati dan perasaan sahaja.



“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apa ada pada sifat sabar ini? Dengan kita mengawal sifat sabar kita. dan menepis segala rasa syahwat kita kita dari nafsu kita sendiri, kita akan tergolong dalam golongan-golongan orang yang tabah dan teguh di atas pendirian kita. Begitu juga sebaliknya, jika kita gagal mengawal dan menghalang diri dari sifat sabar itu, kita aka tergolong dalam golongan syaitan kerana kita tidak mampu menepis segala rasa syahwat yang ada malah mendewakan lagi hawa nafsu kita secara berterusan.


Dalam erti kata yang lain, bila nilai ketaqwaan dan keimanan sudah mendalam dalam jiwa kita, rasa tawaduk akan berakar dalam hati dan kita akan sentiasa mengutamakan perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan kebaikan dan hanya mengharapkan keredhaan di samping balasan di akhirat kelak. Maka darjat kesabaran itu akan mudah tersemai jika kita tergolong dalam golongan yang mudah mengawal syahwat dan kesabaran kita.

Seharusnya kita sebagai hamba, cuba mempelajari dan menanamkan azam untuk meningkatkan lagi tahap kesabaran dalam diri kita, dan secara tidak langsung ini akan menunjukkan tanda kerelaan kita atas semua takdir Allah dan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri dan kehidupan kita merupakan tanda sayang nya Allah Ta'ala buat kita kerana masih ada lagi perhatian untuk kita daripada-Nya ke atas kita sebagai hamba.



Bersabarlah dan bersangka baik terhadap ujian yang di datangi oleh  Allah kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apabila kita di landa musibah, janganlah terus menerus berpeluk tubuh atau bermenung sangka. Lakukan sesuatu, iktiar jalan keluar, cari jalan penyelesaian dan jika menemui jalan buntu, berdoa dan bermohon Allah berikan kita hidayah dan kekuatan.
Insyaallah ~



p/s- Pesanan untuk diri sendiri :)  Setiap ujian darinya ada hikmahnya.. Semoga aku diberi kekuatan untuk bersabar dan terus bersabar :)))

Time for stress!! jyeaah

banyaknya dugaan dalam bulan puasa nie :) hadoi doi pun sakit kepala stress memikirkan pasal assgment photo.. serius stress rasa nak nangis pun ada :'( semua keje nak minggu nie jugak mana nak kejar masa haisssh kelam kabut jadinya.. Aku kadang-kadang rasa give up pun ada tapi bila teringat dekat mak ayah tak jadi nak give up,kesian tenguk diaorg yang bersusah payah banyak buat itu ini untuk aku :') Sekarang nie masing dah settle kan assgment sendiri-sendiri,tak macam dulu FIGHT FOR THE TEAM sama-sama buat :) Wehhh korang aku perlukan korang kot untuk buat keje sama-sama :'( Dekat Sri Iskandar nie aku ada korang je kalau nak buat apa-apa lepastu korang jugak sedih,gelak ketawa,joke sama-sama.. Takpelah mungkin dah tiba masa untuk gerak secara sendiri2 kot,ermm takpelah redha jela apa berlaku.. Ok,now kena fokus pada assagment yang sangat2 banyak tu kena fikir mana nak cari pakcik makcik 50tahun ke atas,kucing lepastu dengan bas nya plus 5model :) cari dan terus mencari :)

Walau assagment banyak mengunung aku still senyum :) untuk sedapkan hati sendiri.. jyeaah chill ain :D
Rindu koranglah weh :'(

Wednesday 3 August 2011

Umurku 19tahun :) Happy birthday

Alhamdulil, masih diberi peluang untuk bernafas meneruskan kehidupan harian macam biasa :) Birthday aku tahun nie jatuh pada bulan ramadhan hari ke3 kita berpuasa :) Sedihnya rasa bila tak dapat nak meraikan bersam family dan orang tersayang :'( Terima kasih pada Mr.I orang first call ucap Happy birthday girl banyak kali :'( dan terima kasih jugak pada family dan rakan-rakanku yang tersayang :) Dah 19tahun umur aku, pejam celik pejam celik dah besar anak aziz yang COMEL nie :PP HAHAHA puji diri sendiri tak ingat..Sempena birthday aku nie, aku tak mintak banyak pun aku harap satu hari nanti aku boleh dapat kebahagian yang aku inginkan :) InsyaAllah,satu hari pasti dapat.. cuma kita tak tahu cepat atau lambat :)

Tadi berbuka bersama classmate.. thankss korang :')

 nina,anis and qiqi aloo sweetnya nina suap qiqi :)))

 Inilah kek yang diaorg beli tadi kat bazar :) sedap kek nie.. thankss korang sebab ingat birthday aku.. Aku sayang korang tau <3

 lagi sekali mereka :))

 dari depan naz,yana and qaqa :) si naz yang berkaca mata tulah suka buat muka tak bersalah.. suka plan macam-macam.. Sayang korang jugak :)))

Tuesday 2 August 2011

Class Pct 205

First assagment class graphic.. Inilah poster yang aku hasilkan,masih baru lagi :) kalau ada yang salah mintak tolong ajarkan :)

Indahnya bulan ini :)

Diam tak diam dah masuk bulan ramdhan, cepatnya masa berlalu.. Tinggal kat uitm nie tak dapt nak bersahur dan berbuka dengan family sama :'( sebenarnya dah lama sangat tak dpat berbuka sesama.. Kadang-kadang teringin nak berkumpul ramai2 berbuka dan bersahur sama2.. Jelous tenguk family orang lain :( tapi tak kisahlah semua orang ada bahagian masing-masing.. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku pada nasib kita,kan kan :) Orang selalu tenguk aku macam happy tak terasa apa-apa tapi hati tahan je.. Orang taktahu air mata nie sentiasa mengalir menitiskan mata bila sorang2 kadang-kadang tahan je :) Mr.I aku lah pengubat bila terluka atau apa2.. Dia juga sentiasa dengan aku senang atau susah :'( Korang selamat menjalani bulan ramadhan :)

Hatiku,tak sebening air di lembah sungai nil..
Sikapku, tak sesempurna ahli syurga..
Tutur kataku, tak seindah lantunan ayat suji al-quran
Maka,
di dalam bulan RAMADHAN ini,ku ingin meminta maaf pada semua orang yang telah hadir dalam hidupku baik yang menyayangiku ataupun yang membenciku..
Jadi,
Maafkanlah semua khilafku baik yang sengaja ku perbuat ataupun tidak krn aku hanya manusia biasa yang tak luput dari kesalahan dan dosa..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)