Wednesday 10 August 2011

Hakikat sabar dalam kehidupan

Erti sabar bermakna teguh dan tahan dalam menangani segala yang ditimbulkan oleh hawa nafsu kita mahupun dalam setiap dugaan dan halangan yang di datangi dalam kehidupan kita.
Dengan sifat sabar, ianya dapat membezakan antara manusia dan haiwan kerana kita sebagi manusia di kurniakan hati dan kekuatan akal manakala haiwan hanya di kurniakan hati dan perasaan sahaja.



“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apa ada pada sifat sabar ini? Dengan kita mengawal sifat sabar kita. dan menepis segala rasa syahwat kita kita dari nafsu kita sendiri, kita akan tergolong dalam golongan-golongan orang yang tabah dan teguh di atas pendirian kita. Begitu juga sebaliknya, jika kita gagal mengawal dan menghalang diri dari sifat sabar itu, kita aka tergolong dalam golongan syaitan kerana kita tidak mampu menepis segala rasa syahwat yang ada malah mendewakan lagi hawa nafsu kita secara berterusan.


Dalam erti kata yang lain, bila nilai ketaqwaan dan keimanan sudah mendalam dalam jiwa kita, rasa tawaduk akan berakar dalam hati dan kita akan sentiasa mengutamakan perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan kebaikan dan hanya mengharapkan keredhaan di samping balasan di akhirat kelak. Maka darjat kesabaran itu akan mudah tersemai jika kita tergolong dalam golongan yang mudah mengawal syahwat dan kesabaran kita.

Seharusnya kita sebagai hamba, cuba mempelajari dan menanamkan azam untuk meningkatkan lagi tahap kesabaran dalam diri kita, dan secara tidak langsung ini akan menunjukkan tanda kerelaan kita atas semua takdir Allah dan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri dan kehidupan kita merupakan tanda sayang nya Allah Ta'ala buat kita kerana masih ada lagi perhatian untuk kita daripada-Nya ke atas kita sebagai hamba.



Bersabarlah dan bersangka baik terhadap ujian yang di datangi oleh  Allah kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apabila kita di landa musibah, janganlah terus menerus berpeluk tubuh atau bermenung sangka. Lakukan sesuatu, iktiar jalan keluar, cari jalan penyelesaian dan jika menemui jalan buntu, berdoa dan bermohon Allah berikan kita hidayah dan kekuatan.
Insyaallah ~



p/s- Pesanan untuk diri sendiri :)  Setiap ujian darinya ada hikmahnya.. Semoga aku diberi kekuatan untuk bersabar dan terus bersabar :)))

No comments:

Post a Comment